PROGRAM " JALINAN KASIH " 2012
Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor akan menganjurkan program JALINAN KASIH 2012 yang akan diadakan pada setiap hujung bulan pada tiap-tiap bulan dengan menziarahi rumah keluarga fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal di kawasan pendalaman kampung-kampung. Program ini adalah satu program lawatan / kunjungan ke rumah-rumah sebagai tanda keperihatinan kami kepada mereka yang memerlukan bantuan khususnya golongan fakir miskin, orang kurang upaya, warga emas dan anak-anak yatim. Di dalam program ini, beberapa tajaan dan sumbangan akan diberikan pada setiap keluarga bagi meringankan bebanan kehidupan mereka. Sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, minyak, gula, telor dan lain-lain lagi. Peruntukan satu keluarga RM300..
Menjadi harapan kami agar pihak tuan / puan dapat kiranya menghulurkan sumbangan bagi membantu kelancaran program tersebut. Semoga apa yang diberikan oleh pihak tuan / puan mendapat ganjaran pahala disisi Allah S.W.T. Wasallam.....
NO 47A JLN PULAI 21, TAMAN PULAI UTAMA, 81300 SKUDAI, JOHOR DARUL TA'ZIM EMAIL:persatuankebajikanalzaraffee@yahoo.com H/P : 010-7106455 TEL : 07-5201613 FAX : 07-5201613 Sumbangan derma dikecualikan cukai pendapatan di Bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 Ruj. No. LHDN 01/35/42/51/179-6.7211 Tarikh Kuatkuasa : 15.01.2017 – 14.01.2022
Subscribe to:
Posts (Atom)