Tuesday 16 June 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA HMFC DI DEWAN JUBLI INTAN JOHOR BAHRU

Syukur kepada Allah dapat bersama buka puasa beramai-ramai bersama anak yatim dan anak fakir miskin..jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.



Sunday 7 June 2015

SAMBUTAN RAMADHAN BAGI MENZIARAH GOLONGAN ASNAF PADA 16 JUN 2015 BERSAMAAN 29 SYAABAN 1436H

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan “Sambutan Ramadhan bagi menziarah golongan asnaf dan fakir miskin” pada 16 Jun 2015 bersamaan 29 Syaaban 1436H.
                      
2.  Program ini merupakan satu program amal yang di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu meringankan beban untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan juga fakir miskin ketika di dalam bulan Ramadhan. Kami juga ingin memohon jasa baik daripada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

3.  Adalah lebih mulia disisi Allah SWT, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Kami juga menerima jemputan berbuka puasa daripada pihak syarikat dan pihak persendirian untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.
               
Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,
Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR

NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100