Tuesday 21 July 2015

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF 2015

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK ASNAF 2015


Bertempat : Melaka bandaraya Bersejarah

Bertarikh    : 29hb Ogos 2015 (sabtu)

 Masa           :  7.00 pagi bertolak ( 1 hari )
                      
2.  Program ini merupakan satu program amal yang diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik. Kami juga ingin memohon jasa baik daripada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan. Sekiranya terdapat perubahan masa, Tarikh dan tempat bagi program ini kami akan memaklumkan semula dengan pihak Tuan.

3.  Adalah lebih mulia disisi Allah SWT, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Semoga segala bantuan dan sokongan mendapat keredaan dari Allah SWT.
               
Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,
Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR


SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 01060000482100







Monday 6 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & GOLONGAN ASNAF 2015


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan golongan asnaf 2015.


Bertempat : DEWAN SRI ALAM, KOLEJ TUN FATIMAH
                     UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Bertarikh    : 12 Julai 2015 bersamaan 25 Ramadhan 1436Hijrah (AHAD)

 Masa           :  6.00 ptg – 9.30 mlm
                      
2.  Program ini merupakan satu program amal yang di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan,baju raya dan juga sumbangan duit raya bagi membantu meringankan beban untuk anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan juga fakir miskin. Kami juga ingin memohon jasa baik daripada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan. Sekiranya terdapat perubahan masa dan tempat bagi majlis berbuka puasa ini kami akan memaklumkan semula dengan pihak Tuan.

3.  Adalah lebih mulia disisi Allah SWT, tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Kami juga menerima jemputan berbuka puasa daripada pihak syarikat dan pihak persendirian untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.
               
Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,
Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Anak Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR

NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100













MAJLIS BERBUKA BERSAMA TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD ANJURAN BERJAYA WATERFRONT HOTEL

Syukur kepada Allah dapat bersama buka puasa beramai-ramai bersama anak yatim dan anak fakir miskin..jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.