Monday 25 July 2016

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA (HAJI) 1437 HIJRAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA (HAJI) pada 12 SEPTEMBER 2016 Hari Isnin bersamaan 10 Zulhijjah 1437H di Surau At-Taubah, Bandar Baru Kangkar Pulai. Kami akan menjemput golongan asnaf ibu tunggal, fakir miskin dan oku untuk bersama menyemarakkan sambutan ini.

2.  Sambutan ini merupakan satu sambutan Hari Raya Korban yang disambut oleh seluruh umat islam di dunia dan memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taat kepada perintah ALLAH. Di samping itu, kami juga mencari peruntukkan lembu dan kambing untuk korban dan diagihkan kepada golongan asnaf ini. Selain itu juga, kami akan mengagihkan barangan keperluan dapur untuk golongan asnaf ini.

               
3.  Adalah lebih mulia disisi Allah SWT tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima.Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Fakir Miskin, Ibu Tunggal, OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100

Atau


SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
( akaun baru )
















No comments:

Post a Comment