Monday 26 September 2016

PROGRAM JALINAN KASIH MENZIARAH WARGA EMAS 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, Persatuan Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan PROGRAM JALINAN KASIH MENZIARAH WARGA EMAS di :

Tempat : kawasan Flat (PPR) Taman Cendana Pasir gudang,  Johor.
Tarikh : 11hb November 2016
Masa : 3.00 Petang

Kami akan melawat golongan warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti Dailisis, lumpuh,kencing manis, Darah tinggi dan juga terdiri daripada orang kurang upaya (OKU).

2.  Kami akan menyalurkan bekalan makanan kepada mereka dalam anggaran bekalan satu hingga dua bulan, dengan adanya bekalan makanan ini dapat la kiranya meringankan beban mereka di dalam taraf hidup yang tinggi sekarang ini.
Sekiranya pihak Tuan/puan mempunyai masa, kami ingin menjemput Tuan/Puan bagi meraikan mereka yang memerlukan ini.

3. Kami memerlukan peruntukkan bagi membiayai  barangan bekalan tersebut. Besar harapan kami agar kiranya pihak Tuan/puan dapat memberi kerjasama bagi menyalurkan peruntukkan kewangan yang kami perlukan ini. Kami akan mengunjungi golongan warga emas yang terlantar sakit ini pada setiap kali hujung bulan. Aktiviti seperti ini telah kami jalankan semenjak 2011 lagi. Sepanjang program tersebut ramai golongan asnaf yang menerima peruntukkan bekalan daripada pihak kami. Kami amat berharap sokongan padu daripada pihak Tuan/Puan bagi meneruskan Program  kebajikan seperti ini.

               
4.  Adalah lebih mulia disisi Allah SWT tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima.Besar harapan kami agar pihak Y.Bhg. Tun/Tan, Sri/Puan,Sri/Dato, Seri/Datin, Haji/Hajah, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen dan kerjasama bagi membantu Fakir Miskin, Ibu Tunggal, OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR

NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100

Atau

SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
( akaun baru )