Dengan segala hormatnya saya
merujuk perkara di atas, Persatuan
Kebajikan Al-Zaraffee Negeri Johor ingin menganjurkan PROGRAM “PERSIAPAN KEMBALI
KE SEKOLAH 2019” .
2.
Program ini merupakan program mengumpul
dana bagi membantu anak-anak golongan asnaf dan fakir miskin yang kurang berkemampuan untuk menyediakan
kelengkapan ke sekolah pada tahun hadapan . Dana yang dikumpulkan akan kami agihkan kepada anak-anak golongan asnaf dan fakir miskin dalam bentuk barangan keperluan sekolah seperti Beg ,Uniform ,Kasut dan stokin
berserta alat tulis .
Bertempat : No 47A
Jalan Pulai 21, Taman Pulai Utama, 81300 Skudai, Johor.
Tarikh : 29
Disember 2018 (Sabtu)
Masa : 2pm
– 6pm
3. Program ini merupakan satu program amal tahunan yang kami anjurkan
setiap tahun di mana kami akan menyalurkan sumbangan berbentuk barangan
kelengkapan ke sekolah untuk anak-anak yatim dan anak-anak golongan asnaf. Program
ini juga membantu meringankan beban
ibu tunggal dan juga golongan fakir miskin.
Besar harapan kami agar pihak, Tuan/Puan, dapat memberikan komitmen
dan kerjasama bagi membantu Anak
Yatim,Fakir Miskin,OKU dan golongan Asnaf. Sumbangan boleh dibuat melalui cash / cek atas nama :
PERSATUAN KEBAJIKAN AL-ZARAFFEE NEGERI JOHOR
NO AKAUN BANK CIMB ISLAMIC : 01060000482100
Atau
SEGALA SUMBANGAN MELALUI CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8601472423
( akaun baru )
“ Potongan Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 :
Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7211 Tarikh Kuatkuasa : 15.01.2017 – 14.01.2022 “